AirAsia berbangga mengumumkan kerjasama dengan (RED) dalam usaha menyokong Dana Global membanteras AIDS di rantau Asean.

Hasil yang dijana daripada kerjasama (AirAsia)RED akan disalurkan terus ke Dana Global bagi  membantu program HIV/AIDS di rantau Asean. AirAsia akan menyalurkan kutipan daripada jualan promosi Tempat Duduk Percuma yang sedang berlangsung dan pelbagai aktiviti lain yang dirancang bagi tahun 2019.
Bagi setiap tempat duduk yang dijual di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dalam tempoh 24-jam bermula dari tengah hari esok hingga waktu tengah hari pada hari Rabu (GMT +8), AirAsia akan menderma sebanyak USD 20 sen yang cukup untuk menangung keperluan rawatan antiretroviral harian yang boleh menyelamatkan nyawa bagi pesakit HIV.

AirAsia dan (RED) akan bekerjasama dengan syarikat label muzik terkemuka Asia di peringkat global 88rising bagi melancarkan sebuah festival muzik dan seni Asean baharu pada tahun 2019.

Kerjasama ini diumumkan pada majlis pelancaran rekaan pesawat khas (WEAREALLCHAMPIONS)RED  di hangar Sepang Aircraft Engineering (SAE). Para tetamu turut dihiburkan secara langsung oleh penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles, Dumbfoundead, yang turut berkolaborasi bersama 88rising di festival Head in the Clouds  di Amerika.
_____

AirAsia Announces Partnership with (RED) and 88rising.
.
AirAsia will be announcing an important partnership with US HIV/AIDS charity (RED) and mass media company 88rising on Monday, 12 November 2018.
.
In conjunction with this, we will be unveiling a special livery at a launch event that will be attended by (RED) CEO Deb Dugan and 88rising Founder and CEO Sean Miyashiro, as well as AirAsia Group Berhad Executive Chairman Datuk Kamarudin Meranun and AirAsia Group CEO Tan Sri Tony Fernandes, among others.

3 月前發佈

@用戶列表:

55 Views
23 Likes

0 評論